IPTA Malaysia: 10 Senarai Universiti Awam (IPTA) Terbaik di Malaysia Mengikut Ranking 2019 - 2020

Berikut adalah senarai universiti awam (IPTA) yang terkini di Malaysia termasuk ranking universiti berdasarkan pernerbitan QS World University Rankings.

Nota: Universiti awam (UA) dulunya dikenali sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).



1. UNIVERSITI MALAYA (UM)


Universiti Malaya ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya ketika itu memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura dan kemudiannya Malaysia.

Universiti Malaya telah dinamakan sebagai salah satu daripada empat universiti penyelidikan di Malaysia serta merupakan peneraju dalam bidang penyelidikan. Dengan bertambahnya dana penyelidikan dan perundingan serta peningkatan bilangan pelajar pascasiswazah, Universiti Malaya telah menubuhkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perundingan (IPPP) pada tahun 2000 (dinamakan Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan pada tahun 2009) untuk menguruskan segala aktiviti penyelidikan dan perundingan bagi mempromosikan hasil penyelidikan dengan lebih berkesan.

Laman web rasmi: http://www.um.edu.my
QS World Ranking (Malaysia): 1
Google reviews: 4.4 star



2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan dan melangkaui sempadan kebangsaan.

Laman web rasmi: http://www.upm.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 2
Google reviews: 4.4 star



3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

Laman web rasmi: http://www.ukm.my
QS World Ranking (Malaysia): 3
Google reviews: 4.5 star


4. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)


Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal, Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

Laman web rasmi: http://www.usm.my
QS World Ranking (Malaysia): 4
Google reviews: 4.5 star


5. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UPM)


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Johor Bahru yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.

Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 187,858 orang graduan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang utama tenaga kerja profesional dan separuh profesional kepada negara hingga kini.

Laman web rasmi: http://www.utm.my/
QS World Ranking (Malaysia): 5
Google reviews: 4.4 star



6. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Pada masa kini , UUM mempunyai seramai 30,670 orang pelajar pada peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 22,932 pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama, 896 pelajar Program Kerjasama, 2,245 pelajar secara Pengajian Luar Kampus dan 4,597 pelajar Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut juga termasuk pelajar antarabangsa seramai 2,279 orang dari 42 buah negara. UUM mempunyai seramai 1,225 orang staf akademik dan 1,457 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

Laman web rasmi: http://www.uum.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 7


7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)


Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 138 program pengajian di peringkat Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat Sarjana Muda dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.

Laman web rasmi: http://www.usim.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 9


8. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


International Islamic University Malaysia (IIUM) atau lebih dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat.

UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari’ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu pengantarabangsaan.

Laman web rasmi: http://www.iiu.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 10


9. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 25 Julai 2001. Pada 1 April 2002, Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-17 ini mula beroperasi kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis. Setelah lima tahun bertapak di bumi Perlis, universiti ini telah dijenamakan semula daripada KUKUM kepada UniMAP pada 1 Februari 2007.

Kampus induk UniMAP terletak di dua lokasi iaitu di Pauh Putra dan di Sg. Chuchuh yang masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP masih bersifat kampus yang bertaburan (distributed) dan beroperasi di beberapa lokasi kampus lain seperti di Kangar, Jejawi dan lain.-lain. Setiap kampus dihubungkan dengan kemudahan perkhidmatan bas.

Laman web rasmi: http://www.unimap.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 15


10. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)


Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti awam yang ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah.

UMS telah melakukan transformasi akademik dengan menyaksikan penstrukturan 13 buah sekolah yang sedia ada kepada 10 buah fakulti berkuatkuasa 1 Jun 2014. Transformasi ini adalah bagi mendepani cabaran-cabaran semasa dan akan datang, antaranya globalisasi pendidikan tinggi, pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan isu kebolehpasaran graduan.

Laman web rasmi: http://www.ums.edu.my/
QS World Ranking (Malaysia): 16

Terlalu banyak pilihan? Gagal mendapat tawaran Universiti Awam melalui UPU?

Hubungi kami untuk mendapat nasihat percuma. Hubungi kami melalui WhatsApp.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai IPTA dan IPTS di Malaysia 2019

Syarat Kemasukan UM (Universiti Malaya) lepasan SPM 2019