Cara Permohonan UPU 2019 / 2020
Langkah-langkah untuk permohonan UPU 2019 / 2020
1) Beli No. unik ID BSN berharga RM 15.64 (termasuk SST). Jualan dibuka pada 25 Feb 2019.
6) Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
1) Beli No. unik ID BSN berharga RM 15.64 (termasuk SST). Jualan dibuka pada 25 Feb 2019.
2) Pastikan kategori anda SPM setaraf (tingkatan 5) atau STPM setaraf (tingkatan 6).
3) Masuk portal rasmi UPU (Universiti Pengajian Umum) Kementarian Pendidikan (MOHE - Ministry of Higher Education). Kalau anda mengguna carian Google, anda akan menjumpai berbagai laman web yang bukan laman web rasmi UPU. Pastikan url yang anda menggunakan itu adalah laman rasmi UPU (upu.mohe.gov.my).
4) Isikan permohonan anda secara online.
5) Semak syarat dengan teliti sebagai contoh, syarat kemasukan program yang anda minat.
7) Isi setiap maklumat bertanda * dengan lengkap (tidak boleh dibiar kosong).
8) Isi sampai habis.
9) Semak semula dan klik 'sah & hantar'.
10) Cetak slip permohonan.
11) Penting anda menyimpan slip permohonan, sebagai bukti permohonan telah dibuat.
12) Anda boleh menyemak dan kemaskini permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan (02 April 2019)
Semoga Berjaya!
Kategori Permohonan UPU online 2019 / 2020
Lepasan SPM / Setaraf
Layak mengemukakan permohonan kemasukan ke UA (Universiti Awam), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (Institusi Latihan Kemahiran Awam).
Kategori A - Kelulusan SPM 2018
Kategori B - Kelulusan SPM 2017 atau 2016
Lepasan STPM / setaraf
Layak mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan syarat program dan minat.
- STPM 2018
- STAM 2017 atau 2018
- Matrikulasi
- Asasi UA
- Diploma / setaraf
Untuk pertanyaan selanjutnya, sila rujuk kepada portal rasmi UPU.
Pelepasan SPM
ReplyDeleteSPM
ReplyDelete