Panduan Kursus Lepasan SPM 2018: Pengajian Tahun 2019 / 2020

Masih keliru dalam menentukan kursus pengajian atau halatuju seterusnya?

tarikh permohonan upu 2019

Mungkin ada diantaranya sudah pun terfikir hendak mengambil kursus dalam bidang tertentu, tetapi kurang pasti sama ada layak atau sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, UPU telah pun menyediakan aplikasi semakan untuk memudahkan anda menyemak kursus yang layak dipohon mengikut keputusan akademik masing-masing sebelum anda membeli nombor pin dan mengemukakan permohonan.


Lepasan SPM 2018: Kursus 2019 / 2020
Apakah pilihan anda untuk meneruskan pengajian selepas SPM?
Memilih kursus yang sesuai untuk anda bukan mudah. Memilih kursus yang sesuai bergantung kepada pelbagai faktor.
  1. Apa yang anda minati?
  2. Apa kebolehan, bakat dan kekuatan anda?
  3. Apakah bajet anda dan keluarga anda?
Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan tentang kursus anda, anda perlu membuat keputusan samada meneruskan pengajian di luar negara ataupun di Malaysia. Pengajian di luar negara akan memerlukan bajet yang lebih tinggi. Walau bagaimana pun, anda boleh cuba memohon biasiswa untuk pengajian luar negara.

Di Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk memohon pelbagai institusi pengajian:

  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Permohonan perlu dibuat melalui UPU online.
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS): Sekiranya anda tidak berjaya mendapat kursus yang sesuai melalui UPU, anda mempunyai pilihan untuk melanjutkan pengajian di institusi swasta. Instituti swasta selalunya lebih mahal daripada institusi awam.
  • Politeknik: Menawarkan kursus dalam bidang vokasional dan teknikal, dibahagikan kepda 3 kategori: premier, konvensional dan metro. Syarat kemasukan, SPM 3 - 5 kredit.
  • Kolej Komuniti: Menawarkan kursus dalam bidang vokasional dan teknikal. Syarat kemasukan, SPM 1 kredit.

Perbandingan Kursus Lepasan SPM


Diploma

Tempoh: 2 - 2.5 tahun
Kos: RM 20,000 - 60,000
Kebaikan: Laluan paling cepat untuk pekerjaan. Mudah mendapat pinjaman PTPTN. Boleh menyambung ke sarjana muda atau degree selepas diploma.


Diploma WBL (work based learning - pembelajaran berasaskan kerja)

Tempoh: 2 - 2.5 tahun
Kos: RM 20,000 - 60,000 
Kebaikan: Laluan paling cepat untuk pekerjaan. Elaun bekerja. Pengalaman bekerja dalam industri berkaitan. Mudah mendapat pinjaman PTPTN. Boleh menyambung ke sarjana muda atau degree selepas diploma.


STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)

Tempoh: 2 tahun.
Kos: Percuma
Intitusi: Sekolah Tinggi
Kebaikan: Mudah memasuki IPTA atau Universiti Awam dan lebih banyak pilihan.



Matrikulasi

Tempoh: 2 tahun.
Kos: Percuma
Institusi: Universiti Awam
Kebaikan: Mudah memasuki IPTA atau Universiti Awam dan lebih banyak pilihan.


Foundation / Program Asasi

Biasanya diambil oleh pelajar yang telah memutuskan jalan kerjaya mereka dan menjadikan program tersebut disesuaikan untuk melanjutkan pengajian  masa depan pelajar, pada dasarnya melengkapkan pelajar dengan asas untuk gelar mereka. 
Sebagai contoh: program asasi perubatan, farmasi atau kejuruteraan.
Tempoh: 1 tahun
Kos: RM 10,000 to 20,000


TVET

TVET adalah program eksklusif yang disesuaikan untuk memberikan pelajarnya dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk memasuki tenaga kerja secara langsung, tanpa perlu menghadiri sistem pendidikan formal apapun.

Pada masa ini, permintaan graduan TVET di pasaran pekerjaan Malaysia lebih tinggi (98%) berbanding dengan graduan universiti (60%). Di samping itu, selain mendapat pekerjaan lebih cepat, graduan TVET juga ditawarkan upah yang lebih tinggi kerana permintaan tinggi untuk graduan dengan kemahiran tertentu.


Tempoh: 6 - 24 bulan



Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019 / 2020

Hendak tahu tarikh penting Permohonan UPU online sesi 2019/ 2020? Tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi. Sesi kemasukan 2019 adalah untuk pemohon kategori lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM.

Tarikh penting yang dikeluarkan oleh UPU ini dapat memudahkan pemohon dalam membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang berkaitan, membuat rayuan dan pembelian PIN UPU mengikut tarikh buka dan tutup yang telah ditetapkan. Pemohon juga dapat mengetahui tarikh keputusan permohonan dan erayuan diumumkan.






Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UPU online untuk kemasukan sesi akademik 2019/ 2020. Tarikh penting UPU online 2019 yang dikongsikan termasuk
  • Tarikh permohonan dan rayuan dibuka
  • Permohonan erayuan UPU dibuka dan ditutup
  • Tarikh semakan panggilan temuduga
  • Semakan keputusan tawaran UPU. 


Tarikh Penting Permohonan UPU 2019 (Lepasan SPM/ STPM Setaraf)

Berikut adalah tarikh-tarikh penting Permohonan UPUOnline sesi akademik 2019/ 2020. Tarikh tahun semasa akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari Portal UPU atau Facebook UPU.


A. Pin UPU Dan Applikasi Permohonan Dibuka
  • 25 Februari 2019: Permohonan UPU Online 2019 dan jualan unik ID BSN DIBUKA 
  • 01 April 2019: Jualan unik ID BSN DITUTUP 
  • 02 April 2019: Permohonan UPUOnline DITUTUP 
  • Mac 2019: Pilihan Program Pengajian UPUOnline calon STPM/ Matrikulasi/ Asasi & STAM Dibuka 

B. Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf
  • 17 - 20 April 2019 : Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  • 21 April hingga — 29 April 2019 : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  • Mei 2019: Hebahan keputusan permohonan ke UA/Politeknik Premier
  • Mei 2019 : Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/ METRO, Kolej Komuniti dan ILKA
  • bulan Mei 2019: Permohonan Rayuan DIBUKA ke UA, Politeknik, ILKA, Kolje Komuniti
  • Mei 2019: Permohonan Rayuan DITUTUP ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti

C. Panggilan Temuduga
  • 10 - 14 Mei 2019: Semakan panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi lepasan STPM/ Setaraf 
  • 15 - 19 Mei 2019: Ujian Medsi dijalankan.
  • Mei hingga — Jun 2019 : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) 
  • Jun 2019: Semakan panggilan temuduga (Pendidikan) bagi lepasan STPM/ Setaraf 
  • 15 Mei - 28 Jun 2019 : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) 

D. Keputusan Rayuan Lepasan SPM


  • Jun 2019: Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 

E. Permohonan UPUonline Fasa 2
  • Jun 2019 : Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DIBUKA
  • Julai 2019 : Permohonan Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

F. Keputusan Permohonan Dan Rayuan Lepasan STPM/ setaraf
  • Julai hingga — Ogos 2019 : Hebahan keputusan permohonan 
  • Julai (1200 pm) hingga — Ogos 2019 : Permohonan Rayuan DIBUKA
  • Ogos 2019 (1159 malam) : Permohonan Rayuan DITUTUP 
  • Ogos 2019 : Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 
  • September 2019 : Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 
Nota : Tarikh dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa


G. Maklumat Lanjut Permohonan UPU 2019

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2019-2020 Online, sila layari :


tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2019/2020

Semoga perkongsian Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Kemasukan UPU Sesi 2019/2020 dapat memudahkan anda membuat permohonan UPU secara online. Selamat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Institut Latihan Kemahiran Malaysia dan Kolej Komuniti. Semoga permohonan anda berjaya.

PENAFIAN: Laman web ini dibangunkan untuk membantu calon-calon yang memohon kemasukan ke Universiti Awam dengan memberi maklumat ringkas yang setepat mungkin. Ingin ditegaskan bahawa laman web ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi.

Untuk langkah-langkah permohonan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sila layari permohonan upu 2019.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai IPTA dan IPTS di Malaysia 2019

IPTA Malaysia: 10 Senarai Universiti Awam (IPTA) Terbaik di Malaysia Mengikut Ranking 2019 - 2020

Syarat Kemasukan UM (Universiti Malaya) lepasan SPM 2019